SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan pada Khamis untuk hukuman sabitan bekas pekerja teknologi maklumat (IT) yang menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.
Hakim, Julia Ibrahim menangguhkan keputusan itu selepas peguam, Wee Chong Keong yang mewakili Yew Wei Liang, 45, memaklumkan pihak pembelaan memerlukan masa untuk bersedia dengan hujahan rayuan, bagi mengurangkan hukuman terhadap anak guamnya.
"Harap keluarga mangsa (yang berada di galeri awam) memahami bahawa pihak pendakwaan dan pembelaan perlu diberikan masa sebelum mahkamah menjatuhi hukuman,” katanya.
Sebelum ini, pada 22 Ogos 2019, Wei Ling yang bekerja dalam bidang IT, didakwa membunuh Syed Muhammad Danial yang juga pengurus bank, di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pada 10 Ogos tahun sama.
BACA: Bekas pekerja IT bersalah sebabkan kematian Syed Danial
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, ketika membaca keputusan berkenaan, hakim meminda pertuduhan itu kepada 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.
Pada 20 Julai lalu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara pembelaan diwakili peguam, Wee Chong Keong. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 05 2023
Paparan skrin video yang tular di media sosial berhubung kemalangan membabitkan Syed Danial pada 2019. - Gambar/ Sinar Harian
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Syarikat gergasi EV dari China lancar model baharu di Mexico
Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China berkata, syarikat itu tidak pernah mengintai peluang memperluaskan pasarannya ke Amerika Syarikat. Ia dibuktikan apabila syarikat itu melancarkan Shark, sebuah trak pikap elektrik hibrid bersaiz sederhana, di Mexico.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin
Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Penyiapan HSR Singapura-KL antara tugas Perdana Menteri baharu Lawrence Wong
Wong dijangka mengutamakan perjanjian dan inisiatif sedia ada serta melonjakkannya ke tahap lebih tinggi seperti pembangunan JS-SEZ.
"Saya trauma, anak tertanya-tanya di mana daddy" - Isteri Syed Danial
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata anak perempuannya yang kini berumur empat tahun menjadi yatim sejak berusia tiga bulan dan hingga ke hari ini masih tertanya-tanya di mana 'daddy.'
Amukan jalan raya: Balu Syed Danial menangis di mahkamah
Qistina Ayu Rozhan, 32, berkata, hanya disebabkan salah faham dan kegagalan menahan amarah, dia kehilangan suami.
[KEMAS KINI] Langgar Syed Danial: Bekas pekerja IT dipenjara 16 tahun
Yew Wei Liang, 45, didapati bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.
Hukuman lelaki langgar Syed Danial hingga mati, Khamis ini
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan pada Khamis untuk hukuman sabitan lelaki yang menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.
Suspek langgar Syed Muhammad Danial dituduh esok
Lelaki langgar Syed Muhammad Danial akan dituduh di mahkamah esok